Petua Hilangkan Dengkuran
Jangan biarkan dengkur mengganggu hubungan suami isteri. Cuba kaedah mudah untuk mengurangkan dengkuran.
- Hilangkan lemah dalam badan dengan bersenam. Bila lemak berkurangan di tekak, ia dapat meluaskan saluran pernafasan dan mengelakkan dengkur.
- Elak daripada mengambil alkohol, pil tidur atau ubat yang berkaitan kerana dadah boleh menambah kadar kerehatan otot di hidung dan tekak.
- Biasakan tidur mengiring, jangan melentang. Cara tidur begini menjauhkan lidah dari tekak dan memudahkan pengaliran udara.
- Atasi masalah alahan. Jika anda alah kepada habuk atau bau tertentu, hapuskan benda itu di persekitaran rumah anda. Alahan akan mengganggu tisu di hidung dan tekak.
- Tinggikan kedudukan kepala dengan bantal ketika tidur kerana ia dapat memberi ruang lebih luas di saluran pernafasan.
- Tetapkan jadual tidur. Tidur dan bangun pada waktu yang tetap setiap hari. Ini dapat menetapkan kadar pernafasan dan mengurangkan dengkuran.
- Jauhi rokok. Mengurangkan asap rokok dapat mengelak lelehan dan bengkak tisu hidung dan tenggorok.

bt koncoq,,,,,,,kie pesenannmu,,,,,,,baca ya,,,,,,,,
care ni dpt ilgkn dgkur ke