Solat Qasar & Jamak

| Maksud solat qasar bagi orang yang musafir ialah memendekkan atau meringkaskan solat fardhu yang empat rakaat ( Zohor, Asar dan Isya’ ) menjadi dua rakaat sahaja, dengan syarat ia masih lagi dalam musafir dan musafir itu bukan kerana maksiat (sesuatu yang dilarang oleh syarak) kerana solat qasar itu merupakan satu kelonggaran yang hanya dikhususkan kepada orang yang musafir sahaja. Manakala solat Maghrib dan Subuh tidak boleh diqasarkan malahan ditunaikan dengan sempurna seperti biasa.
Syarat-syarat solat qasar
|
Orang yang musafir yang memenuhi syarat-syarat sebagaimana yang diharuskan solat qasar, harus solat jamak. Maksud solat jamak ialah menghimpunkan atau mengumpulkan dua solat dalam satu waktu iaitu menghimpunkan solat Zohor dengan Asar dan Maghrib dengan Isya’ dalam satu waktu yang sama, samada dalam waktu yang pertama atau yang kedua. Solat jamak terbahagi kepada dua iaitu Jamak Taqdim dan Jamak Takkhir.
Jamak Taqdim dilakukan solat Zohor dan solat Asar pada waktu Zohor, atau solat Maghrib dan solat Isya’ pada waktu Maghrib. Dinamakan solat ini dengan Jamak Taqdim kerana solat yang kedua yang belum masuk waktunya dibawa ke solat yang pertama.Syarat-syarat Jamak Taqdim Jamak Takkhir dilakukan solat Zohor dan solat Asar pada waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dilakukan dalam waktu Isya’. Dinamakan solat ini dengan Jamak Takkhir kerana solat pertama yang telah masuk waktunya dibawa ke solat yang kedua.Syarat-syarat Jamak Takkhir |
Apabila seseorang itu bermusafir lebih dari dua marhalah, maka ia harus melakukan solat qasar dan jamak sekali. Ertinya ia boleh menjamakkan di antara dua solat serta mengqasarkan sekali. Walau bagaimanapun, ia boleh melakukan di antara satu yang berikut:
Solat jamak dan qasar ini adalah suatu keringanan yang diberi oleh Allah kepada hamba-Nya dalam segenap masa bagi orang musafir, senang atau susah asalkan melebihi dua marhalah.Permulaan musafir ini dikira setelah kita keluar kawasan, sama ada melalui sungai, parit, kota sempadan atau kawasan yang sudah tidak ada bangunan lagi. Akhir musafir ialah apabila kita memasuki kawasan permulaan musafir tadi. Solat jamak dan qasar boleh dilakukan apabila perjalanan seorang musafir tidak kurang dari 60 batu atau 100 km walaupun ada khilaf ulama dalam penentuan jarak jauhnya. Jadi, untuk berhati-hati, eloklah dikira dari 60 batu. Solat bagi orang yang musafir ini ada tiga cara:
Di antara dua solat jamak tidak boleh dipisahkan dengan jarak yang sangat lama. Oleh itu, selepas sahaja salam, teruskan sahaja solat yang kedua dengan hanya diselangi oleh iqamat sahaja. Solat Jamak dengan satu kali azan dan dua kali iqamat.Orang yang melakukan solat qasar tidak boleh berimamkan orang yang solat sempurna ( tamam ). Apabila seseorang itu sudah sampai ke kawasan permulaan ia bertolak tadi, maka selesailah solat jamak dan qasarnya. Ia tidak boleh lagi mengerjakan solat secara jamak dan qasar. Apabila seseorang itu bermusafir dan berhenti pada satu tempat selama 4 hari atau lebih, maka putuslah safarnya. Tapi, sekiranya ia hendak berhenti di situ selama tiga hari, maka bolehlah solat jamak dan qasar. Tiga hari itu tidak termasuk hari sampai dan hari keluar. Apabila seseorang itu berhenti di suatu tempat dengan niat akan berada di situ selama tiga hari, tapi kerana urusan tidak selesai dari sehari ke sehari, maka ia diharuskan jamak dan qasar sehingga 18 hari. Apabila seseorang itu bermusafir kerana sesuatu maksiat, maka ia tidak diharuskan solat jamak dan qasar. Bagi mereka yang hendak mengerjakan solat Jamak Takkhir hendaklah berniat lebih awal; jangan sampai waktu hendak baru berniat. Perjalanan seseorang musafir hendaklah tentu dan ia tahu ke mana arah tujuannya. Jika ia tidak tahu ke mana hendak diarahkan perjalanannya itu, maka tidak boleh jamak/qasar. Orang yang musafir kurang dari tiga marhalah (90 batu) maka afdal solat sebagaimana biasa. Jika perjalanannya melebihi 90 batu, maka baginya lebih afdal mengerjakan solat jamak dan qasar. Kemudahan solat jamak ( jamak sahaja ) juga diberikan kepada ahli karyah yang ingin mengerjakan solat berjemaah apabila hujan lebat dan kampung itu merupakan satu kawasan yang biasa lecah dan becak dengan syarat ada hujan pada awal kedua-dua solat dan di antara keduanya dan pada salam solat pertama. Tidak mengapa kalau sekiranya hujan itu berhenti di pertengahan solat pertama atau di pertengahan solat kedua. |

bagos..!!
lbih bnyak informasi ttg agama..
troskan.;)
tahniah-penerangan yg lengkap.solat jamak juga boleh dibuat bg org yang sakit tenat,kesempitan masa atau uzur kan ustaz
Salam,
Saya ingin bertanya,
saya telahpun mengetahui akan menginap di suatu tempat yang jauhnya lebih dpd 2 marhalah selama 3 minggu. Benarkah kita dibenarkan melakukan jamak dan qasar pada hari pertama sampai ke destinasi sehinggalah hari ke-4?
Ada yang mengatakan kepada saya bahawa qasar hanya boleh dilakukan semasa perjalanan sahaja, bukannya di destinasi yg dituju. Ini bermakna sampai sahaja di tempat itu, kita hanya dibenarkan mengerjakan solat jamak sahaja (bukan kedua-duanya sekali). benarkah pendapat ini?
terima kasih di atas perhatian pihak tuan.
assalamaualaikum… ustaz.
saya ada soalan, saya sekarang mengajar dan menetap di utara negeri sabah yang jauh jarak dengan kampung saya ada lebih kurang 185km.. semasa cuti sekolah saya selalu balik ke kampung melebihi 3 hari… adakah saya boleh menjamak kan solat saya dan berapa hari saya boleh menjamakkan solat tersebut sekiranya boleh?
sekian terima kasih.
“Bagi mereka yang hendak mengerjakan solat Jamak Takkhir hendaklah berniat lebih awal; jangan sampai waktu hendak baru berniat.”
assalammualaikum,
(1) boleh terangkan apa maksud ayat di atas.apakah ade bacaan niat yg khusus?
(2) bagaimanakah caranya bacaan niat yg afdal ketika hendak m’dirikan solat jamak & qasar?
Bolih tak ustaz tolong terang dengan jelas cara solat jamak qasar dan jamak takkhir serta niatnya. terima kasih ustaz
islam sgt flexible utk umatnya..
….. Orang yang musafir kurang dari tiga marhalah (90 batu) maka afdal solat sebagaimana biasa. Jika perjalanannya melebihi 90 batu, maka baginya lebih afdal mengerjakan solat jamak dan qasar…. Saya keliru dengan ayat ini. tolong jelaskan.
salam.
saya berulang setiap hari dari seremban ke klang.jaraknya 93km.adakah saya boleh solat jamak dan qasar setiap hari.
Banyak-banyak penerangan tentang solat qasar n jmak, inilah penerangan yg paling memahamkan orang ramai dan paling vogue! Banyak pahala…boleh buat bab yg lain lak…rabbuna yuqowwik ya sheikh
salam….ust.
saya hendak bertanyakan ustaz,bolehkah saya qasar dan jamakkan solat sebelum memulakan perjalan(bermusafir)?
Salam ustaz,
Saya ingin bertanyakan soalan ini. Sekiranya saya pergi mengikuti rombongan ziarah atau melancong yang melebihi 2 marhalah dan tinggal disatu tempat selama 5 hari (tidak termasuk hari pergi dan keluar) saya diharuskan jamak/qasar selama 3 hari. Jika dari situ saya meyambung lagi perjalanan ke destinasi lain yang juga melebihi 2 marhalah dan tinggal disitu 5 hari lagi dan seterusnya ke destinasi-destinasi lain. Jadi bolehkan satu menjamak/qasar solat 3 hari di destinasi pertama & solat tamam pada hari ke4 dan ke5, seterusnya meneruskan perjalanan dan boleh menjamak/qasar di destinasi kedua selama 3 hari lagi dan seterusnya. Apakah jumlah 18hari yang diharuskan jamak/qasar itu berlaku dalam situasi saya ini. Jawapan tuan ustaz pada kemuskilan saya ini amat ditunggu insyaAllah. Terima kasih wasalam.
salam
saya ingin brtanyakan kemusykilan sy ttg solat jamak. jika jarak tmpt tinggal saya dengan pejabat melebihi 2 marhalah, adakah sy boleh melakukn jamak sedangkan saya berulang alik setiap hari ke tempt kerja
assalamualaikum,
bolehkah kita solat jemaah maghrib dahulu bersama dengan org yg solat tamam kemudian kita qasar solat isyak. tq
Salam,
Saya ingin bertanya,
saya telahpun mengetahui akan menginap di suatu tempat yang jauhnya lebih dpd 2 marhalah selama 3 minggu. Benarkah kita dibenarkan melakukan jamak dan qasar pada hari pertama sampai ke destinasi sehinggalah hari ke-4?
Ada yang mengatakan kepada saya bahawa qasar hanya boleh dilakukan semasa perjalanan sahaja, bukannya di destinasi yg dituju. Ini bermakna sampai sahaja di tempat itu, kita hanya dibenarkan mengerjakan solat jamak sahaja (bukan kedua-duanya sekali). benarkah pendapat ini?
terima kasih di atas perhatian pihak tuan.
Assalamualaikum Ustaz…
Saya sekarang menetap di Kuantan dan bekerja di Kuala Rompin. Jauh perjalanan di antara ke dua tempat adalah 130 km. Saya berulang-alik ke Kuantan setiap 2-3 hari sekali. Adalah boleh saya membuat solat jamak di Kuala Rompin?
Macam mana kalau solat berjemaah berimamkan orang yg solat sempurna, apabila selesai solat terus bangun dan solat jamak waktu seterusnya. Apakah hukumnya?