Terbeli sandal babi – Harian Metro

KUALA LUMPUR: Keinginan seorang lelaki melaram dengan sandal baru sempena Aidilfitri yang bakal menjelang tidak kesampaian apabila terbeli sandal diperbuat daripada kulit babi.

Mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Hairul, 24, berkata dia singgah membeli barangan persiapan raya di pusat membeli-belah di Bukit Tinggi, Klang, Isnin lalu.

Sepanjang berada di premis itu, dia tertarik pada sepasang sandal diperbuat daripada kulit yang dijual pada harga promosi.

Difahamkan, harga sandal kulit itu sebelum promosi RM189 dan sepanjang promosi berlangsung harganya dijual pada RM151.

Hairul berkata, dia bertanyakan dua pekerja Melayu di situ bagi mendapatkan kepastian sama ada sandal itu diperbuat daripada kulit babi ataupun tidak dan pekerja terbabit meyakinkannya sandal itu bukannya daripada kulit babi.

“Sebaik mendapat kepastian, saya membuat pembayaran di kaunter dan membawanya pulang tanpa sebarang kesangsian, namun tiga hari kemudian ketika mengunjungi pusat beli-belah di Menara Berkembar Petronas (KLCC) terkejut melihat sandal serupa diletakkan pada bahagian tanda barangan yang diperbuat daripada kulit babi,” katanya.

Terkejut dengan tanda itu, Hairul berkata dia mendapatkan kepastian daripada petugas premis itu dan disahkan sandal itu diperbuat daripada kulit babi.

Berikutan itu, mangsa mahu kejadian itu disiasat berikutan ketika mangsa membeli sandal itu, tiada sebarang tanda amaran diletakkan.

Tepat jam 4 petang hari yang sama, katanya, dia dihubungi pengurus cawangan butik itu membenarkan dia menukarkan sandal itu kepada sandal yang lain.

“Malah dia turut menyerahkan baucar berjumlah RM100 supaya saya tidak menghebahkan perkara itu dan menganggap kejadian itu perkara biasa.

“Saya tetap berdegil berikutan kejadian itu tidak seharusnya diambil ringan lebih-lebih ia membabitkan agama kerana saya seorang Muslim dan sekiranya kelalaian seperti ini dibiarkan, bimbang ramai lagi yang akan terus berdosa gara-gara memakai sandal itu,” katanya.

Harian Metro – 10/09/2008

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: