Monthly Archives: January 2011

Dividen ASB 2010

Selamat Menyambut Tahun Baru 2011.

Memetik kenyataan di Berita Harian, 21 hb Disember, 2010 yang lalu, PNB telah mengisytiharkan semua pemegang unit Skim Amanah Bumiputera (ASB) akan menikmati dividen sebanyak 7.5 sen seunit bagi tahun 2010, lebih tinggi sedikit berbanding dengan dividen pada tahun 2009 iaitu sebanyak 7.30 sen seunit. Manakala bonus pula sebanyak 1.25 sen seunit, sama seperti pada tahun 2009.

Walaupun pihak PNB mengumumkan pemberian dividen tahun 2010 lebih tinggi sedikit berbanding dengan tahun 2009, namun dividen berkenaan masih lagi rendah jika dibandingkan dengan dividen yang pernah diberikan oleh PNB pada tahun 2007 iaitu sebanyak 8.0 sen seunit, dicatatkan sebagai yang tertinggi dalam masa 10 tahun yang lepas (2001 – 2010). Sila lihat kepada analisis pemberian dividen dan bonus ASB di bawah.

Analisis menunjukkan, dalam tempoh sepuluh tahun, pihak PNB secara puratanya membayar dividen sekitar 7.29 sen seunit setiap tahun manakala bonus pula secara puratanya sebanyak 1.73 sen seunit.

Jika dicampurkan kedua-duanya iaitu dividen dan bonus, secara puratanya ialah 9.01 sen seunit. Rekod tertinggi dividen dan bonus yang diberi oleh PNB dalam tempoh sepuluh tahun (2001 – 2010) ialah pada tahun 2001 iaitu sebanyak 10 sen seunit.

Jadi, jika tahun lepas, 2010, pihak PNB baru bayar dividen dan bonus sebanyak 8.75 sen seunit, masih lagi belum mampu menyamai rekod yang pernah dicatatkan pada tahun 2001 sebanyak 10 sen seunit (kurang 1.25 sen seunit).

Diberitakan pemegang unit Skim ASB adalah seramai 7.04 juta orang dengan pegangan sebanyak 82.72 bilion unit ASB bakal menikmati dividen dan bonus yang telah diumumkan. Agihan pendapatan ini sahaja melibatkan pembayaran sebanyak RM5.93 bilion yang mana RM603.34 juta daripadanya digunakan untuk membayar bonus.

Lihatlah betapa ramainya mereka yang terlibat dengan skim ASB ini dan nilai pegangan yang dipegang oleh Bumiputera. Banyak bukan …..?

Cuba pula anda perhatikan lagi kenyataan Presiden yang juga merangkap Ketua Pegawai Eksekutif PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah, beliau berkata “Perolehan ASB tahun 2010 disokong oleh peningkatan sumbangan dividen anak-anak syarikatnya terutamanya Malayan Banking Berhad (Maybank), iaitu sebanyak 55 sen berbanding dengan 8 sen tahun sebelumnya (2009).”

Menurut kenyataan di akhbar Utusan Malaysia bertarikh 22 hb April, 2010 yang lalu, PNB memiliki Maybank melalui pegangan sebanyak 55.75 peratus.

Saya nak tanya anda …. sebagai Bumiputera beragama Islam, tahukah anda Maybank itu menjalankan perniagaan apa?

Perbankan konvensional bukan? Walaupun ada produk Islam yang ditawarkan oleh Maybank, tetapi perolehannya berapa peratus sahaja daripada jumlah keseluruhan perolehan Maybank. Jika perolehan produk Islam bercampur dengan produk konvensional, apakah hukumnya? Sudah tentu haram bukan?

Jadi, sempena menyambut tahun baru 2011, cubalah berhijrah kepada produk yang 100 peratus diketahui HALAL. Fikirkanlah …..

 

SUMBER ; MyBijakWang.blogspot.com

Advertisements

Hukum Pelaburan ASB

 

Walaupun Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam telah memutuskan pada bulan Februari, 2008 hukum melabur dalam Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) adalah HARUS, saya masih lagi tertanya-tanya.

Manalah tahu, ada fatwa yang terkini. Saya tertanya-tanya, kenapa tidak dikatakan sebagai HALAL sahaja kalau ianya benar-benar menepati kehendak Shariah.

Namun, keputusan Jawatankuasa Fatwa ini yang memutuskannya sebagai harus bertujuan untuk menjaga kemaslahatan atau kepentingan umat Islam yang telah menyertai skim ini.

Walaubagaimanapun, Majlis Shariah, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia yang bertanggungjawab mengenalpasti dan meletakkan fatwa yang berwibawa untuk menentukan sesebuah kaunter atau dana pelaburan itu halal disertai oleh umat Islam ataupun tidak, telah menetapkan hanya 33 peratus industri haram sebagai had larangan melabur dalam syarikat atau pengurus dan bercampur halal haram.

Namun, setakat ini, Majlis Shariah, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia belum lagi mengiktiraf Amanah Saham Bumiputera (ASB) yang diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) telah PATUH SHARIAH.

Oleh itu, terdapat perbezaan pendapat tentang hukum melabur di sini. Satu pihak mengatakan harus manakala satu pihak lagi mengatakan TIDAK PATUH SHARIAH.

Bagi mereka yang sangat perihatin tentang isu halal haram kerana harta ini akan menjadi darah daging anda dan keluarga, sila teliti siapakah yang menganggotai Majlis Shariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Majlis ini dianggotai oleh mereka yang pakar dan berpengalaman dalam bidang sistem kewangan Islam seperti dalam senarai di atas. Jadi, kalau dah ramai yang pakar dan berpengalaman, tentulah fatwa yang dikeluarkan lebih berwibawa. Oleh itu, pihak ASNB perlulah memastikan ASB patuh Shariah supaya umat Islam tidak lagi ragu-ragu untuk melabur.

 

SUMBER ; MyBijakWang.blogspot.com