Dividen ASB 2010

Selamat Menyambut Tahun Baru 2011.

Memetik kenyataan di Berita Harian, 21 hb Disember, 2010 yang lalu, PNB telah mengisytiharkan semua pemegang unit Skim Amanah Bumiputera (ASB) akan menikmati dividen sebanyak 7.5 sen seunit bagi tahun 2010, lebih tinggi sedikit berbanding dengan dividen pada tahun 2009 iaitu sebanyak 7.30 sen seunit. Manakala bonus pula sebanyak 1.25 sen seunit, sama seperti pada tahun 2009.

Walaupun pihak PNB mengumumkan pemberian dividen tahun 2010 lebih tinggi sedikit berbanding dengan tahun 2009, namun dividen berkenaan masih lagi rendah jika dibandingkan dengan dividen yang pernah diberikan oleh PNB pada tahun 2007 iaitu sebanyak 8.0 sen seunit, dicatatkan sebagai yang tertinggi dalam masa 10 tahun yang lepas (2001 – 2010). Sila lihat kepada analisis pemberian dividen dan bonus ASB di bawah.

Analisis menunjukkan, dalam tempoh sepuluh tahun, pihak PNB secara puratanya membayar dividen sekitar 7.29 sen seunit setiap tahun manakala bonus pula secara puratanya sebanyak 1.73 sen seunit.

Jika dicampurkan kedua-duanya iaitu dividen dan bonus, secara puratanya ialah 9.01 sen seunit. Rekod tertinggi dividen dan bonus yang diberi oleh PNB dalam tempoh sepuluh tahun (2001 – 2010) ialah pada tahun 2001 iaitu sebanyak 10 sen seunit.

Jadi, jika tahun lepas, 2010, pihak PNB baru bayar dividen dan bonus sebanyak 8.75 sen seunit, masih lagi belum mampu menyamai rekod yang pernah dicatatkan pada tahun 2001 sebanyak 10 sen seunit (kurang 1.25 sen seunit).

Diberitakan pemegang unit Skim ASB adalah seramai 7.04 juta orang dengan pegangan sebanyak 82.72 bilion unit ASB bakal menikmati dividen dan bonus yang telah diumumkan. Agihan pendapatan ini sahaja melibatkan pembayaran sebanyak RM5.93 bilion yang mana RM603.34 juta daripadanya digunakan untuk membayar bonus.

Lihatlah betapa ramainya mereka yang terlibat dengan skim ASB ini dan nilai pegangan yang dipegang oleh Bumiputera. Banyak bukan …..?

Cuba pula anda perhatikan lagi kenyataan Presiden yang juga merangkap Ketua Pegawai Eksekutif PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah, beliau berkata “Perolehan ASB tahun 2010 disokong oleh peningkatan sumbangan dividen anak-anak syarikatnya terutamanya Malayan Banking Berhad (Maybank), iaitu sebanyak 55 sen berbanding dengan 8 sen tahun sebelumnya (2009).”

Menurut kenyataan di akhbar Utusan Malaysia bertarikh 22 hb April, 2010 yang lalu, PNB memiliki Maybank melalui pegangan sebanyak 55.75 peratus.

Saya nak tanya anda …. sebagai Bumiputera beragama Islam, tahukah anda Maybank itu menjalankan perniagaan apa?

Perbankan konvensional bukan? Walaupun ada produk Islam yang ditawarkan oleh Maybank, tetapi perolehannya berapa peratus sahaja daripada jumlah keseluruhan perolehan Maybank. Jika perolehan produk Islam bercampur dengan produk konvensional, apakah hukumnya? Sudah tentu haram bukan?

Jadi, sempena menyambut tahun baru 2011, cubalah berhijrah kepada produk yang 100 peratus diketahui HALAL. Fikirkanlah …..

 

SUMBER ; MyBijakWang.blogspot.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: