Minyak oh Minyak 3

Apabila harga minyak naik.. maka..

Pengusaha diminta bincang isu kad kredit

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) meminta pengusaha stesen minyak berbincang dengan syarikat kad kredit bagi menyelesaikan isu pemberhentian sementara urus niaga menggunakan kad itu mulai semalam yang kini memberi kesan dan menyusahkan pemilik kenderaan.

Menterinya, Datuk Shahrir Samad, berkata penyelesaian segera perlu dicari bagi memastikan wujud keadilan kepada pengusaha stesen minyak dan pemilik kenderaan.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan jualan pengusaha akan terjejas dengan langkah terbaru itu.

“Saya simpati dengan permintaan pemilik kenderaan dan pengusaha yang berdepan dengan margin keuntungan rendah dan penggunaan kad kredit akan mengurangkan lagi margin mereka.

“Saya harap isu ini dapat diselesaikan antara syarikat minyak dan syarikat kad kredit supaya tidak menyusahkan pengguna,” katanya di lobi Parlimen, di sini semalam.

Muka depan Berita Harian semalam melaporkan semua stesen minyak akan menghentikan sementara urus niaga menggunakan kad kredit mulai semalam sehingga kerajaan memenuhi tuntutan menaikkan komisen jualan minyak.

Keputusan Persatuan Pengusaha-Pengusaha Stesen Minyak Tempatan (PDAM) itu bagaimanapun hanya membabitkan pembelian minyak, manakala urus niaga di kedai runcit stesen minyak masih menerima kad kredit.

Presiden PDAM, Mejar (B) Abdul Wahid Bidin berkata keputusan itu dibuat selepas pihaknya menerima pandangan 3,500 ahli persatuan yang terpaksa menanggung beban akibat peningkatan kos operasi, termasuk caj kad kredit yang dikenakan bank.

Shahrir berkata, pengusaha harus diberi peluang memikirkan sama ada menerima urus niaga menggunakan kad kredit jika urus niaga itu merugikan pihak berkenaan.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau meminta orang ramai tidak mendengar khabar angin mengenai penutupan stesen minyak dan kenaikan harga petrol RM1 seperti yang berlaku di Sabah, semalam sehingga mewujudkan pembelian panik.

Shahrir berkata, pengusaha stesen minyak di Sabah memberi jaminan operasi tidak akan ditutup sekali gus menolak khabar angin mengenainya yang tertumpu di bandar besar seperti Kota Kinabalu, Tawau dan Sandakan.

Dalam perkembangan sama, Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata pengguna akan menjadi mangsa kepada kemelut itu jika pertikaian antara kerajaan dan PDAM tidak diselesaikan segera.

“Fomca percaya tindakan PDAM adalah tanda protes dengan kegagalan kerajaan memenuhi tuntutan mereka. Tindakan itu akan ditanggung pengguna, terutama yang sering menggunakan kad kredit untuk mengisi minyak,” katanya.

Sumber : http://www.bharian.com.my/  25 JUN 2008 RABU

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: